Sunday, January 13, 2013

Jom "PATUH SYARIAH, TAMPIL MUKMINAH"

"jom BUAT YANG DISURUH, TINGGAL YANG DILARANG." Koleksi Mukminah Terbaik!!
Assalamualaikum .. Siapa kata bertudung labuh ni untuk budak-budak sekolah agama jer. Sesuai untuk Ustazah-ustazah jer, sebenarnya sesuai sesangat untuk semua kaum muslimah yang ingin bergelar mukminah sejati dalam menjaga aurat mereka selari dengan tuntutan Agama lebih dari segala-galanya. Jangan risau koleksi tudung dari Kak Yong Galeri D Hati memang menepati kehendak syariah. Labuh melepasi paras dada, tidak jarang, tidak melekap sesuai dengan PENAMPILAN SEORANG YANG BERGELAR MUKMINAH. Kerana ini memang kepakaran Kak Yong untuk memastikan Lambang Keayuan Muslimah anda terjaga. InsyaAllah. Jom buat tempahan untuk "PATUH SYARIAH, TAMPIL MUKMINAH". SMS Kak Yong 019-284 7600 / 017-306 9306
 

Wednesday, January 9, 2013

~Renungan Bersama buat diriku yang sentiasa LUPA~ (Kak Yong)

Hari ini kerana terlalu ingin mengejar FESYEN ramai yang lupa untuk mematuhi kehendak syariah. Banyak busana muslimah dan tudung-tudung yang dijual adakalanya kurang mementingkan hal-hal yang terkandung dalam Al-Quran ini. Jadi sebagai usaha untuk membawa diri kita ke arah MUSLIMAH SEJATI jom realisasikan kempen "PATUH SYARIAH, TAMPIL ELEGAN" dengan membeli produk-produk muslimah yang berlandaskan
ketepatan dalam berpakaian cara Islam sejati. Ya! memang ramai yang menjual TUDUNG LABUH terutamanya (sebab permintaan banyak), tapi tidak ramai yang ambil tahu atau ambil kisah LABUH yang bagaimana? Material yang sebagaimana samada LABUH yang MENYENDAT di badan atau LABUH yang JARANG nampak segala perhiasan di badan?

Untuk menghasilkan sesuatu yang menepati kehendak syariah, memang sebagai pengeluar TUDUNG BERSIZE LABUH, modal bukannya sedikit. Sehelai tudung kadang-kadang memerlukan sehingga 2 Meter kain. Material berkualiti semestinya harga pun agak tinggi. Jadi sebagai pembeli memang kita perlu membelanjakan lebih sedikit untuk mendapat TUDUNG LABUH yang dimaksudkan ini. Cuba bandingkan tudung-tudung yang bersize KECIL yang dijual serata tempat, harga adakalanya mencecah ratusan ringgit, TETAPI hanya paras mana? Tak melepasi dada pun. Betul kita nak nampak ELEGEN tapi kita masih tak PATUH SYARIAH. Jadi cuba renungkan sejenak, Kita ni barada di landasan yang mana. Untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH atau KEMURKAAN ALLAH.

"Ya Allah, mudah-mudahan kita semua terkeluar dari golongan orang-orang yang rugi." Aamiin!! Aamiin!! Aamiin

~Renungan Bersama buat diriku yang sentiasa LUPA~ (Kak Yong)